Malaysia Flag Orb

DETIK - DETIK YANG MEMBANGGAKAN


  • MENARA BERKEMBAR PETRONAS 

Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu mecapai ketinggian 451.9m (1483 kaki). Menara berkembar ini disambungkan pada tingkat 41 dan 41 dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara ini yang telah direkabentuk oleh Cesar Pelli and Associates telah menelan belanja sebanyak US$1.2bn. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibupejabat korporat PETRONAS dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan ciri-ciri senibina Islam. Simbol geometrik yang digunakan adalah merangkumi semua prinsip Islam iaitu stabiliti, keharmonian, perpaduan dan rasional. 


  • DR.SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR(ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA)


Program penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi perolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003. Di bawah program berkenaan, angkasawan Malaysia akan menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) di ISS yang terletak kira-kira 402.34 kilometer dari permukaan bumi selama lapan hari.

Calon yang tepilih sebagai angkasawan Malaysia yang pertama ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan calon simpanan ialah Kapten Dr Faiz Khaleed. 

  • PENJELAJAHAN KE KUTUB SELATAN

Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berjaya melalui ekspedisi 1,100 kilometer menawan Antartika, Kutub Selatan. Sharifah yang juga pensyarah Psikologi Sukan, Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM memulakan ekspedisi merentasi Antartika dengan kaedah ski sailing selama 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet pada 29 Disember 2004. Kecederaan serius pada lututnya pada suatu ketika tidak menghalang beliau menyempurnakan impian seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kejayaannya. Kejayaan itu lebih manis apabila pihak Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE), mengiktiraf kejayaan beliau memecahkan rekod 24 hari yang dicatat sebelum ini.



  • LEE CHONG WEI

Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku akhir. Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Julai, dan Terbuka Makau pada bulan Ogos. Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir. Misbun Sidek mengaku bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya selepas pusingan ketiga. Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka Jepun. 


Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir. Pada akhir tahun, Lee menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut, dan gelaran Super Series Master Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.

No comments:

Post a Comment